Friday, July 17, 2009

SKUAD KEADILAN SARAWAK : PENJANA EKONOMI MUDA

Skuad Keadilan Sarawak telah memulakan langkah mereka dengan menganjurkan beberapa siri kursus gerak kerja pilihanraya dan ceramah kelompok. Sebelum itu kami telah mengadakan majlis penubuhan jawatankuasa skuad di Ibu Pejabat KEADILAN di Kuching pada 19 Jun 2009. Walaupun usia penubuhan kita masih dalam lingkaran bayi tetapi kita telah menunjukkan satu kejayaan yang amat membanggakan. Kita juga telah terlibat didalam menganjurkan kursus SEHARUM di Lundu dan Sibu. Malah skuad sendiri telah menganjurkan satu kursus yang dinamakan "KURSUS KEWARTAWANAN DAN PROPAGANDA" dimana ketika kita menganjurkannya, kita telah mendapat halangan dan gangguan dari pihak polis. Kita dipertikaikan tentang permit sedangkan kita hanya mengadakan kursus tersebut didalam dewan. Kita ingin mempersoalkan adakah sesuatu perkara yang dilakukan demi kebaikan dan kemajuan rakyat perlu dihalang agar rakyat terus menjadi bodoh ????

Buat masa sekarang saya sedang hadir dalam mesyuarat pimpinan negeri jadi tak dapat untuk menulis dalam keadaan yang selesa. Jadi saya akan menemui semua sebentar lagi... wasssallam

No comments:

Post a Comment